Agen Kutipan Zakat

Assalamualaikum Ahli Ahli DPMMKL,

Dimaklumkan bahawa DPMM Kuala Lumpur telah dilantik oleh Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Wilayah Persekutuan sebagai agen kutipan zakat khas bagi perniagaan.

Sehubungan dengan itu ahli-ahli DPMM Kuala Lumpur bolehlah membayar zakat perniagaan di DPMM Kuala Lumpur. Bayaran handaklah dibuat dalam bentuk cek atas nama PUSAT PUNGUTAN ZAKAT dan resit sementara akan diberikan kepada pembayar zakat

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi pejabat DPMMKL ditalian 0340424711

Wasalam.

Related Posts