Dana PPUD

Sebagaimana penerangan yang telah diberikan kepada semua ahli-ahli semasa Program Pembangunan Usahawan bersama Teraju, anjuran biro maklumat, Dewanita dan Dewan Muda DPMMKL pada 25 Oktober 2016 yang lepas, DPMMKL perlu memilih 5 syarikat yang menepati kriteria kelayakan bagi mendapat dana dibawah program PPUD.

Kami berbesar hati, jika ahli-ahli dapat menghantar borang permohonon sebelum 10 November 2016.

Kriteria kelayakan:

  1. 100% ekuti syarikat dimiliki Bumiputera/Melayu
  2. Ahli DPMMKL
  3. Pengeluar Produk Makanan Proses (processed food)
  4. Telah beroperasi sekurang-kurangnya 1 tahun
  5. Beroperasi di perniagaan yang sah (berlesen)
  6. Syarikat perlu mempunyai sekurang-kurangnya satu daripada elemen-elemen berikut;
    1. Sijil Halal
    2. Barcode
    3. Pembungkusan
  7. Bagi Syarikat Sdn Bhd, Penyata Kewangan yang telah di audit terkini.

Sila hubungi En. Syafiq atau En. Zaha di talian 03 7725 6055 untuk mendapatkan borang permohonan dan maklumat lanjut.

Terima kasih.

Related Posts