Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

JEMPUTAN PELAJAR MENYERTAI PROGRAM ICT. DIGITAL. ENTREPRENEURSHIP. APPS (I.D.E.A) FAIR 2019

9 February - 10 February

JEMPUTAN PELAJAR MENYERTAI PROGRAM ICT. DIGITAL. ENTREPRENEURSHIP. APPS (I.D.E.A) FAIR 2019

Perkara di atas adalah dengan hormatnya dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa MARA Wilayah Persekutuan akan menganjurkan I.D.E.A Fair 2019. Penganjuran I.D.E.A Fair 2019 adalah merupakan inisiatif MARA dalam membentuk usahawan PKS dengan ilmu dan aplikasi ICT yang menyumbang kepada 18% kepada GDP negara pada tahun 2020. Program ini juga merupakan engagement untuk usahawan, para pendidik dan pelajar dalam mengaplikasikan dunia digital dan teknologi sebagai gaya hidup terkini.

Justeru, MARA Wilayah Persekutuan berbesar hati untuk menjemput seramai 30 orang ahli Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Cawangan Kuala Lumpur sebagai peserta program seperti ketetapan berikut:-

Tarikh : 9 hingga 10 Februari 2019 (Sabtu dan Ahad)
Masa : 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Utama, Aras 6, Hotel Premiera

Sijil penyertaan akan diberikan kepada peserta program. Semoga penyertaan usahawan ke program ini akan mendapat manfaat daripada kemudahan keusahawanan yang disediakan oleh MARA.

Mohon kerjasama pihak tuan untuk membuat pengesahan kehadiran ahli sebelum 24 Januari 2019 (Khamis) kepada pihak secretariat iaitu En Shafiq di talian +601111325838 atau melalui email shafiq@klmcc.org

Sekian, Terima Kasih.

Details

Start:
9 February
End:
10 February
Event Category:

Venue

hotel premiera