Program Mudahcara Pensijilan Halal

Dewan Perniagaaan Melayu Malaysia (DPMM) dengan kerjasama rakan strategik Halal Industry Development Corporation (HDC) berjaya menganjurkan Program Mudahcara Pensijilan Halal bagi memberi kesedaran, pemahaman dan pendedahan tentang kepentingan Pensijilan Halal.

Program ini akan menilai kesedian usahawan ke arah Pensijilan Halal dan menggalakkan lebih banyak penyertaan usahawan dalam industry Halal negara.

Usahawan yang berpotensi dan bersedia memohon Pensijilan Halal Malaysia berdasarkan kriteria saringan yang ditetapkan oleh HDC berpandukan kepada Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (MPPHM).

Kriteria yang ditetapkan adalah mengikut garis panduan Manual Prosedur Pensijilan Halal (MPPHM) yang dikeluarkan oleh JAKIM.

Program ini juga dapat meningkatkan tahap kesedaran usahawan terhadap kepentingan pensijilan Halal.

Objektif DPMM agar pertambahan bilangan syarikat bumiputera yang memperolehi pensijilan Halal sekaligus membuka peluang yang luas kepada usahawan untuk meneroka pasaran halal seluruh dunia.

 

Related Posts