
- This event has passed.
SMIDEX 2017
15 November 2017 @ 8:00 am - 17 November 2017 @ 5:00 pm +08
Kepada,
Ahli-ahli DPMM
YBhg. Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,
Bersama-sama ini dilampirkan jemputan dari SME Corp berkenaan pameran “SMIDEX 2017” pada 15 hingga 17 November 2017 bertempat di Malaysia International Trade & Exhibition Center (MITEC), Kuala Lumpur untuk makluman dan penyertaan ahli-ahli DPMM sebagai pempamer.
Adalah dimaklumkan bayaran penyertaan PKS di bawah kelolaan DPMM sebagai pempamer adalah RM3,500 bagi ruang pameran (shell scheme) 3m x 3m per sqm dan RM250 per sqm (bare space min 6m x 6m) untuk penambahan ruang pameran.
Untuk penyertaan sebagai pempamer boleh mendaftar secara talian melalui pautan http://smidex.greenreg2u.com dan sebarang pertanyaan sila hubungi Jawatankuasa Penyertaan.
Sekian, terima kasih.
Norazrina Yusoff
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM)
No.Tel : 03-20962233
No. Fax : 03-20962533